- Nabi Ibrahim berada di dalam bara api selama 40 HARI 40 MALAM tetapi tidak merasa kebakaran & kesakitannya, namun api itu menjadi dingin & sejuk kepada Baginda
- Hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas‘ud ra beliau berkata "aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya salah seorang daripada kamu dicipta didalam perut ibu selama 40 HARI sebagai nutfah kemudian 40 HARI menjadi seketul darah kemudian menjadi segumpal daging kemudian dihantar kepadanya seorang malaikat untuk meniupkan roh dan menulis kepadanya empat kalimat… "(HR. Muslim)
- Nabi Yunus berada dalam perut ikan Nun selama 40 HARI 40 MALA
M - Sabda Rasulullah saw : "Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 HARI secara berjemaah, akan diberi oleh Allah swt dengan dua kebebasan, iaitu dibebaskan daripada api neraka dan dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)".
- Anas bin Malik meriwayatkan Rasulullah bersabda: Sesiapa yang mengerjakan solat berjemaah kerana Allah dengan memperoleh takbiratul ula (takbir sebaik sahaja selepas imam mengangkat takbir) selama 40 HARI akan mendapat dua kelepasan, kelepasan daripada api neraka dan kelepasan daripada sifat munafik. (Riwayat al-Tirmizi).
Rabu, 6 April 2011
Kepentingan 40 hari
40 hari....banyak bende yg berkaitan dengan 40 HARI:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan